Tuesday 8 November 2011

PERJUMPAAN BERSAMA PENGETUA DAN GURU BESAR DAERAH PETALING UTAMA DAN DAERAH PETALING PERDANA.

Tarikh  :  2 Nov 2011
Hari     :   Rabu
Masa   :  8.00 pagi hingga 12.30 tenghari

Taklimat dan perjumpaan  adalah satu bentuk program kolaborasi antara Kolej Komuniti Shah alam bersama Jabatan Pelajaran Selangor bersama-sama sekolah-sekolah Daerah Petaling Utama dan Petaling Perdana. Daerah Petaling Utama mempunyai lebih kurang 69 buah sekolah termasuk sekolah rendah dan sekolah menengah manakala bagi Daerah Petaling Perdana jumlah sekolah adalah lebih kurang 105 buah sekolah termasuk sekolah rendah dan menengah.
Taklimat dan perjumpaan ini diharapkan dapat menjadi satu platform untuk Kolej Komuniti Shah Alam untuk membuat hebahan yang meluas berkenaan Program Kursus 1 Malaysia dan Sijil Modular Kebangsaan disamping peranan dan kemudahan lain yang disediakan.