Saturday, 18 June 2011

SIJIL MODULAR KEBANGSAAN

Manusia terbahagi kepada dua, yang pertama lebih kepada teori dan yang keduanya lebih menjurus kepada bidang kemahiran. Mereka yang lebih kepada teori lebih gemar membaca dan biasanya boleh menjawab soalan peperiksaan dengan mudah.Mereka juga selalunya akan mendapat tempat di universiti-universiti kerajaan dan luar negara.
Bagi golongan yang lebih kepada bidang kemahiran, kurang minat membaca dan juga pembelajaran secara tutorial.
Di Kolej Komunit, mereka yang kurang bernasib baik untuk ke universiti dialu-alukan dan diterima. Kolej Komuniti hanya mengenakan syarat, warga negara Malaysia dan berumur 17 tahun ke atas. Mudahkan.
Kolej Komuniti menyediakan Sijil Modular Kebangsaan (SMK, di mana pelajar akan dihidangkan sepenuhnya dengan kemahiran. BONUSnya jika belajar di Kolej Komuniti anda yang berminat untuk melanjutkan pelajaran boleh terus mendaftar ke UTM, UUM dan USM. Di universiti-universiti ini ada menyediakan Diploma Kemahiran. Hhheeermmmm...UTM, UUM dan USM hanya akan menerima pelajar dari Kolej Komuniti. Jadi....TIDAK SEMESTINYA KITA GAGAL SEKARANG AKAN GAGAL SELAMANYA....