PENGENALAN
Selain kursus sepenuh masa dan SMK, KOLEJ KOMUNITI SHAH ALAM juga menawarkan pelbagai program Kursuh Pendek di dalam pelbagai bidang. Ia merupakan satu program pengajian yang ditawarkan kepada semua lapisan masyarakat yang berkonsepkan PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT.
MISI
Menyediakan peluang kepada semua lapisan masyarakat setempat untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan melalui program pendidikan sepanjang hayat.
OBJEKTIF
· Memberikan pendidikan latihan kepada semua lapisan masyarakat setempat untuk meningkatkan taraf sosioekonomi dan kualiti hidup.
· Memberi pendidikan sepanjang hayat melalui program yang fleksible dan mudah.
PESERTA
Terbuka kepada semua WARGANEGARA MALAYSIA tanpa mengira peringkat umur dan pekarjaan.
JENIS KURSUS
Kursus yang ditawarkan adalah berdasarkan permintaan peserta.
TEMPOH KURSUS
Bergantung kepada jenis kursus yang ditawarkan
KAEDAH PEMBELAJARAN
Pembelajaran kursus pendek adalah berpandukan konsep ‘hands-on’ di mana peserta mempunyai peluang untuk praktikal mengikut bidang kursus. Kebanyakkan kursus ini dilakukan di luar waktu bekerja atau cuti.
TEMPAT KURSUS
Bergantung kepada kesesuaian kursus samada di kolej atau permis luar kolej.
PERMOHONAN
· Boleh dibuat terus dengan KOLEJ KOMUNITI SHAH ALAM samada secara individu atau berkumpulan. Permohonan secara berkumpulan digalakkan dengan menulis surat beserta senarai nama.
· Mengisi borang penyertaan kursus pendek dan dikembalikan kepada Kolej.
PENSIJILAN
Peserta kursus pendek akan diberikan dengan sijil penyertaan kursus pendek dari kolej.