Tuesday 8 November 2011

PERJUMPAAN BERSAMA PENGETUA DAN GURU BESAR DAERAH PETALING UTAMA DAN DAERAH PETALING PERDANA.

Tarikh  :  2 Nov 2011
Hari     :   Rabu
Masa   :  8.00 pagi hingga 12.30 tenghari

Taklimat dan perjumpaan  adalah satu bentuk program kolaborasi antara Kolej Komuniti Shah alam bersama Jabatan Pelajaran Selangor bersama-sama sekolah-sekolah Daerah Petaling Utama dan Petaling Perdana. Daerah Petaling Utama mempunyai lebih kurang 69 buah sekolah termasuk sekolah rendah dan sekolah menengah manakala bagi Daerah Petaling Perdana jumlah sekolah adalah lebih kurang 105 buah sekolah termasuk sekolah rendah dan menengah.
Taklimat dan perjumpaan ini diharapkan dapat menjadi satu platform untuk Kolej Komuniti Shah Alam untuk membuat hebahan yang meluas berkenaan Program Kursus 1 Malaysia dan Sijil Modular Kebangsaan disamping peranan dan kemudahan lain yang disediakan.

Sunday 17 July 2011

PROMOSI DI ULU LANGAT

Tarikh      :     17 Julai 2011
Tempat    :      Kolej Komuniti Ulu Langat

Ok, hari nie kami berkampung sehari di Ulu Langat. Hari ni ada perasmian oleh Menteri Pengajian Tinggi....jadi untuk booth Kolej Komuniti Shah Alam kami memperkenalkan FELT. Rupa2nyerr kat Ulu Langat ni lum ramai yang tahu pasal FELT ni jadi ramai la yang datang bertanya, cuba membuat sendiri, beli barang, daftar kursus n tak kurang juga yang sajer2 nak tannya...Jadi mari la scroll ke bawah untuk menikmati gambar yang sempat kami shoot...Salam 1Malaysia.















KURSUS KRAFTANGAN FELT

Tempat      :     Aras 4, Kolej Komuniti Shah Alam

Kursus FELT kali nieee dari KEMAS. Seronok ajar puan2 nieee n mereka begitu excited glerrr membuat FELT nieeee....Rupa2nyerrrr belum ramai lagi yang tahu pasal FELT nieee so lepas nie boleh sebar2kan pada semua n daftar la beramai2 d kolej Komunit Shah Alam untuk jadi peserta... Yuran seorang cuma RM20 dan bahan semua pihak kolej yang sediakan...kami juga akan panggil sekali supplier barang2 nie utk datang berjualan coz bahan2 nieee sebelum ni hanya bole d beli secara online. Ok bole tengok gambar niee ramaiii2 n join la jadi member blog niee skali....Salam 1Malatsia.....











Tuesday 5 July 2011

PENDAFTARAN PELAJAR

Tarikh            :     5 Julai 2011
Masa              :     9.00 pg - 1 petang
Tempat            :     Tingkat 10
                        Kolej Komuniti
                        Shah Alam

Alhamdulillah, berjalan dengan lancar. Errrmmm seperti biasa ibubapa lebih bersemangat dari anak2.

Kaunter pendaftaran pertama

Mereka2 yg bertugas d kaunter pendaftaran


Perjalanan proses pendaftaran

Ibubapa yg mengisi borang anak2 tengok....hehehehe

Bilik menunggu ibubapa

Pengarah dan barisan pensyarah

Pengerusi majlis

Pengarah memberi ucapan penganalan dan merasmikan majlis

Memberi tumpuan pada ucapan yang disampaikan

Ketua program memberi penerangan mengenai SMK

Monday 4 July 2011

PENDAFTARAN PELAJAR BARU

Sesi Pendaftaran Pelajar Baru
Sesi Julai 2011
(8.30 pagi hingga 1.00 petang)


Sila bawa semua dokumen asal yang dikehendaki pada hari pendaftaran.
Semua pelajar lelaki hendaklah bertali leher, berkemeja.berseluar slack dan berambut pendek.
Pelajar perempuan berpakaian tidak terdedah. Berbaju kurung dan bertudung.


SELAMAT MENDAFTAR DAN SELAMAT DATANG KE
KOLEJ KOMUNITI SHAH ALAM
dari semua warga kerja Kolej Komuniti Shah Alam

Sunday 3 July 2011

KURSUS FOTOGRAFI KREATIF

Kursus Fotografi ini memberi pendedahan tentang komponen dan teknik penggunaan kamera dalam proses penyediaan gambar yang berkualiti. Peserta akan mempelajari :
  • Komposisi Asas
  • Pemilihan Lensa
  • Penggunaan ISO
  • Teknik Digital Darkroom
  • Retouching
  • Gambar Hitam Putih / Monochrome
  • Filters
  • Focal Length/Bukaan Pandangan
  • Perisian Pengurusan Imej (work flow)
Peserta juga akan diajar cara-cara editing gambar.
semasa kelas editing gambar - guru2 smk seksyen 18

kelas yang sama

Saturday 18 June 2011

SIJIL MODULAR KEBANGSAAN

Manusia terbahagi kepada dua, yang pertama lebih kepada teori dan yang keduanya lebih menjurus kepada bidang kemahiran. Mereka yang lebih kepada teori lebih gemar membaca dan biasanya boleh menjawab soalan peperiksaan dengan mudah.Mereka juga selalunya akan mendapat tempat di universiti-universiti kerajaan dan luar negara.
Bagi golongan yang lebih kepada bidang kemahiran, kurang minat membaca dan juga pembelajaran secara tutorial.
Di Kolej Komunit, mereka yang kurang bernasib baik untuk ke universiti dialu-alukan dan diterima. Kolej Komuniti hanya mengenakan syarat, warga negara Malaysia dan berumur 17 tahun ke atas. Mudahkan.
Kolej Komuniti menyediakan Sijil Modular Kebangsaan (SMK, di mana pelajar akan dihidangkan sepenuhnya dengan kemahiran. BONUSnya jika belajar di Kolej Komuniti anda yang berminat untuk melanjutkan pelajaran boleh terus mendaftar ke UTM, UUM dan USM. Di universiti-universiti ini ada menyediakan Diploma Kemahiran. Hhheeermmmm...UTM, UUM dan USM hanya akan menerima pelajar dari Kolej Komuniti. Jadi....TIDAK SEMESTINYA KITA GAGAL SEKARANG AKAN GAGAL SELAMANYA....

Saturday 7 May 2011

KURSUS MEMBUAT ROTI & PIZZA

Tarikh      : 7, 8 & 14 Mei 2011
Masa        : 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat      : Kolej Komuniti Shah Alam
              Ting. 4, Bangunan UMNO,
              Shah Alam, Selangor

Alhamdulillah hari ini berlangsungnya kursus ini, jumlah peserta untuk ari ini seramai 49 orang. Ada yang bagi nama untuk masuk lagi tapi terpaksa masuk ke tarikh lain, maaf kerana memang tak boleh nak masukkan kerana terlalu ramai. Nanti tak dapat belajar betul-betul pulak tak jadi pulak rotinya.
Ok, untuk kursus ini, hari pertama peseta akan belajar pelbagai jenis roti. Ini termasuk roti sosej ada 2 jenis satu pintal-pintal  dan satu lagi yang macam piza, roti kaya, roti kacang merah, mexican bun (papa roti) dan extranya buat kuih bangkit.
Hari kedua pulak peserta akan belajar pelbagai jenis piza, macam piza-piza yang ada kat Pizza Hut tu.
Hari katiga pulak peserta akan diajar membuat pembungkusan, hiasan dan macamana kalau kita nak buka bisness ni. Bagus kan? Jadi sesiapa yang berminat boleh la cepat-cepat mendaftar untuk kelas yang seterusnya.
Nanti kami akan uploadkan gambar-gambar untuk kursus ni.....dapat la tengok hasilnya.
Kalau tak nak telefon pejabat boleh telefon terus ke : Puan Khalsa: 012-7757593/
           Puan Azwa  : 017-3346232

Friday 6 May 2011

JOM PROMOSI

Tarikh      :  7 Mei 2011 (Sabtu)
Masa        :  7.30 pagi hingga 12.00 tgh.
Tempat      :  Dewan Warga Emas,
               Seksyen 24,Shah Alam, Selangor

  Sekarang niee Kolej Komuniti Shah Alam sibuk mempromosikan Kolej dan perkhidmatan kami pada masyarakat/komuniti setempat. Ramai orang berpendapat Kolej Komuniti ni adalah sebuah kolej swasta tapi menawarkan program yg sangat murah. Pelik la pulak kan? Sebenarnya kami adalah salah satu IPTA, jadinya kami berada di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Segala Program/Aktiviti/Kursus adalah valid. Ada juga yang tanya boleh masuk SKT tak...boleh jika anda melengkapkan jumlah jam program yang telah ditetapkan dan mendapat sijil....jadi janganlah risau...SKT dapat ilmu pun dapat...so sejajar la dengan kehendak PM "pembelajaran sepanjang hayat"

  Berbalik pada Promosi kami.....KOLEJ KOMUNITI SHAH ALAM akan berada di Dewan Warga Emas Seksyen 24....jadi jika ada persoalan atau nak tahu apa yang kami tawarkan jemputlah ke sana...
Oh! ya bermula jam 7.30 pagi ada senamrobik kat sana boleh la join pastu ada plak aktiviti oleh UiTM. Selain daripada tu pihak Kolej juga ada menyediakan beberapa GIFT untuk perserta yang mendaftar dan datang ke sana...kita buat cam ERA n HOT FM slalu buat jumpa peminat kalu boleh jawab soalan adalah hadiah nyerrrr....
   Ok jom serbu ramai2......jumpa di sana.....

Thursday 5 May 2011

KURSUS MENJAHIT SEPASANG BAJU KURUNG

Tarikh    :     16 & 17 April 2011
Tempat    :     NASUHA Fesyen
                Seksyen 18, Shah Alam, Selangor.

       Kursus ini sangat bagus kerana orang yang tak tahu guna mesin jahit berjaya menjahit sepasang baju kurung.  Memotong dan menjahit tidaklah begitu sukar tetapi untuk menjahit kain sangat mencabar. Bagaimanapun peserta sangat berpuashati dan 100% berjaya menjahit sepasang baju lengkap dengan jahitan karipap di leher.
      Untuk semua mari ramai-ramai sertai kursus ini. Selain untuk diri sendiri malah boleh menjadi sumber pendapatan tambahan keluarga.

Antara Koleksi Gambar Semasa Kursus Berjalan








PROMOSI KE SEKOLAH DATO HARUN PETALING JAYA

Tarikh        :     13 April 2011 (Rabu)
Masa          :     12.00 tgh - 2.00 petang
Tempat        :     Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Harun,
                    Petaling Jaya
    Sempena mempromosikan Program 1 Malaysia. Kami dijemput sempena Hari Kerjaya sekolah. Sambutan dari guru-guru dan pelajar-pelajarnya sungguh menggalakkan dan sangat meriah. Semoga dengan aktiviti seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara pihak sekolah dan Kolej Komuniti Shah Alam.


Antara Koleksi Gambar