Saturday 7 May 2011

KURSUS MEMBUAT ROTI & PIZZA

Tarikh      : 7, 8 & 14 Mei 2011
Masa        : 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat      : Kolej Komuniti Shah Alam
              Ting. 4, Bangunan UMNO,
              Shah Alam, Selangor

Alhamdulillah hari ini berlangsungnya kursus ini, jumlah peserta untuk ari ini seramai 49 orang. Ada yang bagi nama untuk masuk lagi tapi terpaksa masuk ke tarikh lain, maaf kerana memang tak boleh nak masukkan kerana terlalu ramai. Nanti tak dapat belajar betul-betul pulak tak jadi pulak rotinya.
Ok, untuk kursus ini, hari pertama peseta akan belajar pelbagai jenis roti. Ini termasuk roti sosej ada 2 jenis satu pintal-pintal  dan satu lagi yang macam piza, roti kaya, roti kacang merah, mexican bun (papa roti) dan extranya buat kuih bangkit.
Hari kedua pulak peserta akan belajar pelbagai jenis piza, macam piza-piza yang ada kat Pizza Hut tu.
Hari katiga pulak peserta akan diajar membuat pembungkusan, hiasan dan macamana kalau kita nak buka bisness ni. Bagus kan? Jadi sesiapa yang berminat boleh la cepat-cepat mendaftar untuk kelas yang seterusnya.
Nanti kami akan uploadkan gambar-gambar untuk kursus ni.....dapat la tengok hasilnya.
Kalau tak nak telefon pejabat boleh telefon terus ke : Puan Khalsa: 012-7757593/
           Puan Azwa  : 017-3346232

Friday 6 May 2011

JOM PROMOSI

Tarikh      :  7 Mei 2011 (Sabtu)
Masa        :  7.30 pagi hingga 12.00 tgh.
Tempat      :  Dewan Warga Emas,
               Seksyen 24,Shah Alam, Selangor

  Sekarang niee Kolej Komuniti Shah Alam sibuk mempromosikan Kolej dan perkhidmatan kami pada masyarakat/komuniti setempat. Ramai orang berpendapat Kolej Komuniti ni adalah sebuah kolej swasta tapi menawarkan program yg sangat murah. Pelik la pulak kan? Sebenarnya kami adalah salah satu IPTA, jadinya kami berada di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Segala Program/Aktiviti/Kursus adalah valid. Ada juga yang tanya boleh masuk SKT tak...boleh jika anda melengkapkan jumlah jam program yang telah ditetapkan dan mendapat sijil....jadi janganlah risau...SKT dapat ilmu pun dapat...so sejajar la dengan kehendak PM "pembelajaran sepanjang hayat"

  Berbalik pada Promosi kami.....KOLEJ KOMUNITI SHAH ALAM akan berada di Dewan Warga Emas Seksyen 24....jadi jika ada persoalan atau nak tahu apa yang kami tawarkan jemputlah ke sana...
Oh! ya bermula jam 7.30 pagi ada senamrobik kat sana boleh la join pastu ada plak aktiviti oleh UiTM. Selain daripada tu pihak Kolej juga ada menyediakan beberapa GIFT untuk perserta yang mendaftar dan datang ke sana...kita buat cam ERA n HOT FM slalu buat jumpa peminat kalu boleh jawab soalan adalah hadiah nyerrrr....
   Ok jom serbu ramai2......jumpa di sana.....

Thursday 5 May 2011

KURSUS MENJAHIT SEPASANG BAJU KURUNG

Tarikh    :     16 & 17 April 2011
Tempat    :     NASUHA Fesyen
                Seksyen 18, Shah Alam, Selangor.

       Kursus ini sangat bagus kerana orang yang tak tahu guna mesin jahit berjaya menjahit sepasang baju kurung.  Memotong dan menjahit tidaklah begitu sukar tetapi untuk menjahit kain sangat mencabar. Bagaimanapun peserta sangat berpuashati dan 100% berjaya menjahit sepasang baju lengkap dengan jahitan karipap di leher.
      Untuk semua mari ramai-ramai sertai kursus ini. Selain untuk diri sendiri malah boleh menjadi sumber pendapatan tambahan keluarga.

Antara Koleksi Gambar Semasa Kursus Berjalan








PROMOSI KE SEKOLAH DATO HARUN PETALING JAYA

Tarikh        :     13 April 2011 (Rabu)
Masa          :     12.00 tgh - 2.00 petang
Tempat        :     Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Harun,
                    Petaling Jaya
    Sempena mempromosikan Program 1 Malaysia. Kami dijemput sempena Hari Kerjaya sekolah. Sambutan dari guru-guru dan pelajar-pelajarnya sungguh menggalakkan dan sangat meriah. Semoga dengan aktiviti seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara pihak sekolah dan Kolej Komuniti Shah Alam.


Antara Koleksi Gambar 







Tuesday 3 May 2011

SALAM PENGENALAN

Salam pengenalan untuk semua.
Terima kasih kerana kesudian singgah sebentar di blog ini.
Blog ini memperkenalkan Kolej Komuniti dan segala aktiviti yang dijalankan di Kolej Komuniti Shah Alam.

KOLEJ KOMUNITI SHAH ALAM
Bangunan UMNO Shah Alam
Aras 10, Menara UBSA, Pusat Dagangan UMNO Shah Alam,
Persiaran Damai, Seksyen 11,
40100 Shah Alam, Selangor

No. Tel   :  03-55114030
No. Fax   :  03-55117030