Monday 27 February 2012

JADUAL KURSUS PENDEK UNTUK BULAN MAC 2012

Bil.
Nama Kursus
Tarikh
Hari
Masa
1
Kursus Adobe Photoshop (Asas)
3 Mac 2012
Sabtu
9.00 pg 5.00 ptg
2
Kursus Kraftangan Felt (Asas)
(umur 9 hingga 12 tahun shj)
10 Mac 2012
Sabtu
9.00 pg 5.00 ptg
3
Kursus Menyediakan "Resume''
14 Mac 2012
Rabu
9.00 pg  12 tgh
4
Kursus Autocad (Asas)
17 & 18 Mac 2012
Sabtu & Ahad
9.00 pg 5.00 ptg
5
Kursus Adobe Photoshop (Pertengahan)
24 Mac 2012
Sabtu
9.00 pg  5.00 ptg
6
Kursus Microsoft Word (Asas)
31 Mac 2012
Rabu
9.00 pg  5.00 ptg

Salam 1 Malaysia untuk semua ini antara kursus pendek yang akan dijalankan di Kolej Komuniti Shah Alam sepanjang bulan Mac 2012. Untuk kursus KRAFTANGAN FELT pihak kolej hanya menerima peserta berumur dari 9 hingga 12 tahun sahaja tidak lebih dan tidak kurang.
Selain dari kursus di atas, kursus-kursus lain akan dijalankan kemudian sehingga diberitahu kelak. Sekian terima kasih.
Bagi yang ingin mendaftar sila telefon terus ke Kolej Komuniti Shah Alam 03-55114030 berhubung dengan Puan Hidayah.

Sunday 26 February 2012

KURSUS ADOBE PHOTOSHOP

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia,
Minggu ini di Kolej Komuniti Shah Alam akan memulakan kursus pendek dengan KURSUS ADOBE PHOTOSHOP,
Kepada sesiapa yang berminat bolehlah menelefon terus ke Kolej Komuniti Shah Alam dan mendaftar kepada Puan Hidayah.
Kursus akan diadakan :
Tarikh : 3 Mac 2012 (Sabtu)
Masa:  8.30 pagi - 6.00 petang
Tempat : Ting. 10, Kolej Komuniti Shah Alam

Sekian terima kasih.........

Wednesday 22 February 2012

PERLANTIKAN JPP KOLEJ KOMUNITI SHAH ALAM

JJP ialah Jawatankuasa Perwakilan Pelajar. Tujuan Penubuhan JPP ini adalah bagi memberi peluang kepada pelajar untuk menjadi seorang pemimpin, mengajar mereka berkerja dalam satu kumpulan dan semangat bekerjasama. Melalui JPP juga pelajar dapat menyalurkan pendapat dan idea mereka.







 sedikit taklimat dari Pn. Fairuz sebelum pemilihan dibuat


 Puan Azwa menerangkan antara tanggungjawap j/kuasa




Antara yang tercalon untuk jawatan Pengerusi JPP

 Kata-kata aluan dari Pengerusi JPP

Tuesday 21 February 2012

MAJLIS HARI JADI DAN PERSARAAN PUAN PENGARAH KKSA

17 Feb 2012 merupakan tarikh terakhir Puan Hjh Hamidah binti Za'aba bertugas sebagai Pengarah di Kolej Komuniti Shah Alam. Puan mula bertugas di Kolej Komuniti Shah Alam pada 1 April 2011.
Banyak perubahan yang telah beliau lakukan . Beliau juga menyebabkan ramai orang mula mengenali Kolej Komuniti Shah Alam. Segala tunjuk ajar dan amanat yang disampaikan, InsyaAllah kami akan ingat dan praktikan. Terima Kasih Puan, jasamu tak terhngga dan tak terbayar oleh kami semua......terima kasih semoga Allah sahaja dapat membalas segalanya dan semoga puan sentiasa berada didalam lindunganNya...


 Puan sgt terharu dgn kejutan yg dibuat oelh pelajar2 KKSA



 Puan Nili Azila wakil KKSA memberi ucapan khas buat Puan Hjh Hamidah
 Amanat dan kata2 akhir puan sbg pengarah KKSA kepada semua




Tuesday 7 February 2012

TIPS

Salam semua followers n yang mengikuti blog UKP Shah Alam niee. Sekarang ni di kolej x ada banyak sgt aktiviti yg di jalankan di sini. Yang sedang berjalan ni ialah Sijil Modular Kebangsaan bagi Rekabentuk Dalaman Kediaman dan Rekabentuk Kediaman Pejabat. Kursus Pendek dan sewaktu dengannya belum pasti lg bila boleh dijalankan.
Ermmm ramai juga yg bertanya kenapa belum di paparkan lagi jadual kursus pendek. Ok, untuk maklumat semua Kolej Komuniti berada dibawah KPT selagi tidak ada hitam putih dan arahan rasmi kami tidak boleh menjalankan kursus. Harap semua boleh menerima....

Ok bg memeriahkan lagi blog ini kami akan menyajikan Tips2 or apa resepi or kalau ada yg berminat boleh la bertukar2....
Kali ini bersesuaian dengan Sijil Rekabentuk Dalaman kami akan memeberikan definasi Dapur Kering dan Dapur Basah.

 DAPUR BASAH
adalah dapur yang menempatkan perkakasan utk memasak dan penstoran yang melibatkan aktiviti memasak kerap. Kebiasaannya dilengkapi dengan tempat memasak, ruang mencuci iaitu sinki besar dan seharusnya pengudaraan yang baik bagi memastikan bau2an yang terhasil daripada aktiviti memasak tidak terperap di kawasan sekitar.

DAPUR KERING
lebih dibiasakan dengan gelaran show kitchen atau dalam terjemahannya sebagai dapur dandanan. Fungsinya pada skala memperagakan koleksi peralatan dapur dan kebiasaannya digunakan hanya untuk aktiviti ringan. Menikmati jus oren ketika sarapan atau pulang membawa buah2an.

TIP DAN PANDUAN
Satu rahsia kebahagian keluarga adalah apabila makanan yang ada di dalam rumah semuanya menyelerakan dan membahagiakan. Kelakar bunyinya  tetapi itulah yang harus kita pastikan, makanya apabila ruang penyediaan makanan bersistematik, kerja2 penyediaan makanan akan lebih mudah dan membahagiakan. Oleh yang demikian , sekiranya ruang kediaman anda mempunyai cukup keluasan untuk mengasingkan ruang dapur basah dan dapur kering boleh la anda lakukan. Dapatkan rekaan terkini dari prngeluar rekaan karbinet dapur dan pastikan ianya selesa dengan gaya hidup anda sekeluarga.
IMPIANA DAPUR April-Jun 2011

akan bersambung lagiiii