Wednesday 4 January 2012

PROGRAM KURSUS PENDEK

PENGENALAN
Selain kursus sepenuh masa dan SMK, KOLEJ KOMUNITI SHAH ALAM juga menawarkan pelbagai program Kursuh Pendek di dalam pelbagai bidang. Ia merupakan satu program pengajian yang ditawarkan kepada semua lapisan masyarakat yang berkonsepkan PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT.

MISI
Menyediakan peluang kepada semua lapisan masyarakat setempat untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan melalui program pendidikan sepanjang hayat.

OBJEKTIF
·         Memberikan pendidikan latihan kepada semua lapisan masyarakat setempat untuk meningkatkan taraf sosioekonomi dan kualiti hidup.
·         Memberi pendidikan sepanjang hayat melalui program yang fleksible dan mudah.

PESERTA
Terbuka kepada semua WARGANEGARA MALAYSIA tanpa mengira peringkat umur dan pekarjaan.

JENIS KURSUS
Kursus yang ditawarkan adalah berdasarkan permintaan peserta.

TEMPOH KURSUS
Bergantung kepada jenis kursus yang ditawarkan

KAEDAH PEMBELAJARAN
Pembelajaran kursus pendek adalah  berpandukan konsep ‘hands-on’ di mana peserta mempunyai peluang untuk praktikal mengikut bidang kursus. Kebanyakkan kursus ini dilakukan di luar waktu bekerja atau cuti.

TEMPAT KURSUS
Bergantung kepada kesesuaian kursus samada di kolej atau permis luar kolej.

PERMOHONAN
·         Boleh dibuat terus dengan KOLEJ KOMUNITI SHAH ALAM samada secara individu atau berkumpulan. Permohonan secara berkumpulan digalakkan dengan menulis surat beserta senarai nama.
·         Mengisi borang penyertaan kursus pendek dan dikembalikan kepada Kolej.

PENSIJILAN
Peserta kursus pendek akan diberikan dengan sijil penyertaan kursus pendek dari kolej.

14 comments:

  1. Assalamualaikum...admin nak tanya kursus jangka pendek tu berlangsug selama berapa bulan?dengan siapa nak hubungi kalu berminat?

    ReplyDelete
  2. Sy x brp fhm la...maksudnyer kursus yg di kira ikut jam atau hari?..tlg explain...dan kat mana nak tgk jadual kursus terbaru?

    ReplyDelete
  3. Salam, untuk kursus pendek ini tidaklah memakan masa sampai berbulan2. Bergantung kpd kursus yg di pilih. Untuk keterangan lanjut boleh berhubung Kolej Komuniti Shah Alam bercakap dgn penyelaras PSH. Harap dapat membantu

    ReplyDelete
  4. Kursus pendek ini mengikut jam. jadula kursus akan di uploadkan minggu hadapan InsyaAllah. Utk keterangan lanjut boleh berhubung dgn pihak kolej dan bercakap dgn peyelaras PSH. Terima kasih. Harap maklumat ini dapat membantu.

    ReplyDelete
  5. Salam nak tengok dulu sbb selalu tak pernah dapat kat shah alam

    ReplyDelete
  6. ok. InsyaAllah dlm minggu nie..jadual akan kluar...

    ReplyDelete
  7. saya dah daftar last year lg... bile nama saya akan dipanggil yer??

    ReplyDelete
  8. bila pendaftaran ini bermula, dan kita boleh tarikh kursus x spt yg tertera kat blog ini

    ReplyDelete
  9. Jadual dan pendaftaran akan dibuka pada bulan Februari 2012. Pendaftaran baru perlu dibuat kerana tahun ini pihak kolej tidak lg menjalankan Program Latihan 1 Malaysia. Tahun 2012 kolej mulakan dengan Kursus Pendek. Terima kasih semoga dapat membantu dengan jawapan ini.

    ReplyDelete
  10. salam, di mana saya ingin download jadual tahun 2012?

    ReplyDelete
  11. salam Jadual lum kluar may b ujung bulan Feb 2012 ..InsyaAllah

    ReplyDelete
  12. ada tak senarai utk kursus pendek ini ... puan?

    ReplyDelete
  13. uminana...
    minx maaf lambat reply...
    ok nnt bila pihak kolej sudah mendapat kelulusan pihak kami akan paparkan di blog dan juga di FB..
    terima kasih

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum, boleh dapat maklumat terkini tentang jadual kursus pendek yang bakal di anjurkan?

    ReplyDelete