Tuesday 7 February 2012

TIPS

Salam semua followers n yang mengikuti blog UKP Shah Alam niee. Sekarang ni di kolej x ada banyak sgt aktiviti yg di jalankan di sini. Yang sedang berjalan ni ialah Sijil Modular Kebangsaan bagi Rekabentuk Dalaman Kediaman dan Rekabentuk Kediaman Pejabat. Kursus Pendek dan sewaktu dengannya belum pasti lg bila boleh dijalankan.
Ermmm ramai juga yg bertanya kenapa belum di paparkan lagi jadual kursus pendek. Ok, untuk maklumat semua Kolej Komuniti berada dibawah KPT selagi tidak ada hitam putih dan arahan rasmi kami tidak boleh menjalankan kursus. Harap semua boleh menerima....

Ok bg memeriahkan lagi blog ini kami akan menyajikan Tips2 or apa resepi or kalau ada yg berminat boleh la bertukar2....
Kali ini bersesuaian dengan Sijil Rekabentuk Dalaman kami akan memeberikan definasi Dapur Kering dan Dapur Basah.

 DAPUR BASAH
adalah dapur yang menempatkan perkakasan utk memasak dan penstoran yang melibatkan aktiviti memasak kerap. Kebiasaannya dilengkapi dengan tempat memasak, ruang mencuci iaitu sinki besar dan seharusnya pengudaraan yang baik bagi memastikan bau2an yang terhasil daripada aktiviti memasak tidak terperap di kawasan sekitar.

DAPUR KERING
lebih dibiasakan dengan gelaran show kitchen atau dalam terjemahannya sebagai dapur dandanan. Fungsinya pada skala memperagakan koleksi peralatan dapur dan kebiasaannya digunakan hanya untuk aktiviti ringan. Menikmati jus oren ketika sarapan atau pulang membawa buah2an.

TIP DAN PANDUAN
Satu rahsia kebahagian keluarga adalah apabila makanan yang ada di dalam rumah semuanya menyelerakan dan membahagiakan. Kelakar bunyinya  tetapi itulah yang harus kita pastikan, makanya apabila ruang penyediaan makanan bersistematik, kerja2 penyediaan makanan akan lebih mudah dan membahagiakan. Oleh yang demikian , sekiranya ruang kediaman anda mempunyai cukup keluasan untuk mengasingkan ruang dapur basah dan dapur kering boleh la anda lakukan. Dapatkan rekaan terkini dari prngeluar rekaan karbinet dapur dan pastikan ianya selesa dengan gaya hidup anda sekeluarga.
IMPIANA DAPUR April-Jun 2011

akan bersambung lagiiii

No comments:

Post a Comment