Thursday 12 January 2012

KUNJUNGAN DARI PENGARAH KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT (INDUK KOLEJ KOMUNITI SHAH ALAM)

Kunjungan mengejut ini amat membanggakan warga Kolej Komuniti Shah Alam. Ini kerana dalam kesibukan masa yang padat beliau sudi juga berkunjung ke Kolej Komuniti Shah Alam. Walaupun masanya singkat tapi inputnya sangat padat. Terima kasih Puan Pengarah di atas kunjungan ini. Diharapkan sudi lagi kiranya berkunjung ke sini...InsyaAllah..
Pembuka kata dan salam perkenalan


Fokus


Mendengar penerangan dari Puan Shahida mengenai kerusi rekaan beliau yg memenangi tempat ke-3 dalam pertandingan Enoreka.

Mendengar pendapat dan cadangan dari staff dan pensyarah KKSA


Melawat library di tingkat 4




Mencuba kerusi rekaan Puan Shahida





Sunday 8 January 2012

SELAMAT DATANG KE KOLEJ KOMUNITI SHAH ALAM

Untuk sesi Januari 2012 Kolej Komuniti Shah Alam menawarkan Sijil Modular Kebangsaan Rekabentuk Dalaman Kediaman dan Sijil Modular Kebangsaan Rekabentuk Dalaman Pejabat.

TARIKH      :    10 Januari 2012 ( Selasa)
TEMPAT      :    Tingkat 10, Bangunan UMNO   
                 Shah Alam.
MASA        :    9.00 Pagi


TENTERTIF HARI PENDAFTARAN


9.00 pg
:
Pendaftaran pelajar baru
10.30 pg
:
Pengenalan kepada Kolej Komuniti Shah Alam


oleh Pengarah Kolej Kolej Komuniti Shah Alam
11.30 pg
:
Taklimat Sijil Modular Kebangsaan


oleh Ketua Program Rekabentuk Dalaman
12.00tgh
:
Pendaftaran bersambung
1.00 ptg
:
Rehat dan Jamuan
2.00 ptg
:
Bersurai

Wednesday 4 January 2012

PROGRAM KURSUS PENDEK

PENGENALAN
Selain kursus sepenuh masa dan SMK, KOLEJ KOMUNITI SHAH ALAM juga menawarkan pelbagai program Kursuh Pendek di dalam pelbagai bidang. Ia merupakan satu program pengajian yang ditawarkan kepada semua lapisan masyarakat yang berkonsepkan PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT.

MISI
Menyediakan peluang kepada semua lapisan masyarakat setempat untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan melalui program pendidikan sepanjang hayat.

OBJEKTIF
·         Memberikan pendidikan latihan kepada semua lapisan masyarakat setempat untuk meningkatkan taraf sosioekonomi dan kualiti hidup.
·         Memberi pendidikan sepanjang hayat melalui program yang fleksible dan mudah.

PESERTA
Terbuka kepada semua WARGANEGARA MALAYSIA tanpa mengira peringkat umur dan pekarjaan.

JENIS KURSUS
Kursus yang ditawarkan adalah berdasarkan permintaan peserta.

TEMPOH KURSUS
Bergantung kepada jenis kursus yang ditawarkan

KAEDAH PEMBELAJARAN
Pembelajaran kursus pendek adalah  berpandukan konsep ‘hands-on’ di mana peserta mempunyai peluang untuk praktikal mengikut bidang kursus. Kebanyakkan kursus ini dilakukan di luar waktu bekerja atau cuti.

TEMPAT KURSUS
Bergantung kepada kesesuaian kursus samada di kolej atau permis luar kolej.

PERMOHONAN
·         Boleh dibuat terus dengan KOLEJ KOMUNITI SHAH ALAM samada secara individu atau berkumpulan. Permohonan secara berkumpulan digalakkan dengan menulis surat beserta senarai nama.
·         Mengisi borang penyertaan kursus pendek dan dikembalikan kepada Kolej.

PENSIJILAN
Peserta kursus pendek akan diberikan dengan sijil penyertaan kursus pendek dari kolej.

Monday 2 January 2012

SALAM TAHUN BARU

SALAM TAHUN BARU
dari semua staff Kolej Komuniti Shah Alam

Semoga tahun ini akan menjadai permulaan yang baik untuk Kolej Komuniti Shah Alam.
Untuk tahun 2012 segala perancangan yang terbaik telah dirancang.
Termasuklah 'mengupdate' blog ini.
Pihak Kolej ada menerima teguran yang blog ini tidak aktif.
Maaf dari Kolej kerana asyik melayan FACEBOOK terlupa plak berkenaan blog ini.
Ermmm apa kata sekiranya anda melayari blog ini terus mendaftar menjadi folower....lagi senang pihak Kolej nk mmbuat cabutan bertuah ...heheheh bagi menghargai mereka yg selalu mengikuti blog ini.....